MAKLUMAN PEMANSUHAN AKPC DAN APT

PENGUMUMAN DARIPADA :   JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : MAKLUMAN PEMANSUHAN AKPC DAN APT



Y.Bhg Prof/Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,

MAKLUMAN PEMANSUHAN AKPC DAN APT

Adalah dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Bil. 2/2015, pihak pengurusan bersetuju agar dua anugerah berikut DIMANSUHKAN bermula dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) UMS Tahun 2014 yang akan berlangsung pada 16 April 2015:

1)   Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang (APKC) – [Untuk Penyandang Jawatan Utama dan Gred Khas].

2)   Anugerah Perkhidmatan Terpuji (APT) – [Untuk kakitangan yang mendapat Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas tetapi tidak mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)].

Sekian dan terima kasih.


Urusetia

Panel Pembangunan Sumber Manusia

Seksyen Perkhidmatan

Bahagian Sumber Manusia

Jabatan Pendaftar


Pegawai yang dihubungi:

1)   Cik Harniwaty Ahmad Ali (ext: 1058)

2)   En. Leopold Modies Fallix (ext: 1085)

3)   Pn. Sabiah Bansai (ext: 1173)