Direktori |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

JEMPUTAN MENYERTAI ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2015 (AHIN2015)

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK: JEMPUTAN MENYERTAI ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2015 (AHIN2015)


PEGAWAI DIHUBUNGI:Dr. Azaze @ Azizi Hj. Abdul Adis (Samb.: 1171), Pn. Rozaidah Amir Hussein (Samb.: 1631) dan Cik Masrina Maujar (Samb.: 1063)

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan

JEMPUTAN MENYERTAI ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2015 (AHIN2015)

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), akan menganjurkan Anugerah Harta Intelek Negara 2015 (AHIN2015) bersempena sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) pada tahun 2015. Anugerah ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada perekacipta harta intelek atas sumbangan harta intelek mereka dalam pembangunan ekonomi dan sosial Negara.

Sehubungan itu, YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dijemput untuk menyertai AHIN 2015. Bersama ini dilampirkan surat jemputan serta iklan AHIN2015 daripada pihak penganjur untuk makluman serta rujukan lanjut di pihak  YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Syarat dan peraturan serta borang penyertaan boleh diperolehi melalui laman web www.myipo.gov.my.

Setiap penyertaan hendaklah dihantar melalui Seksyen Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) selewat-lewatnya pada  30 April 2015 (Khamis). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak urusetia Seksyen Inovasi, PPI sepertimana berikut:


Dr. Azaze @ Azizi Bin Hj. Abdul Adis
Tel              : 088-320 000, (Samb.: 1171)
E-mel         : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Cik Masrina Binti Maujar
Tel              : 088-320 000, (Samb.: 1063)
E-mel         : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih. 

(Lampiran)


download-icon.png - 27.75 Kb Surat jemputan  AHIN2015

download-icon.png - 27.75 Kb Anugerah Harta Intelek 2015


 


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin  

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36