PENGGUNAAN MODUL KLASIFIKASI FAIL BAHARU DI SISTEM SISEF

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : 
PENGGUNAAN MODUL KLASIFIKASI FAIL BAHARU DI SISTEM SISEF 



HEBAHAN PENGGUNAAN MODUL KLASIFIKASI FAIL BAHARU DI SISTEM SISEF

¾     Modul Senarai Koding Klasifikasi Fail
¾     Modul Permohonan Tambahan Koding Fail Baharu


Dengan segala hormatnya merujuk perkara tersebut di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah menambah baik Sistem Sisef agar sistem pengurusan surat menyurat dan pengurusan rekod universiti ini berjalan dengan lebih efisyen dan sistematik.

3.         Sehubungan itu, beberapa modul baharu telah dimasukkan iaitu modul senarai koding klasifikasi fail dan modul permohonan tambahan koding fail baharu. Mohon kerjasama Tuan/Puan, agar dapat menggunakan sistem tersebut untuk tujuan semakan koding fail dan permohonan tambahan koding fail berkuatkuasa pada tarikh surat seperti di atas.

4.         Dilampirkan Manual Penguna (Modul Klasifikasi Fail) untuk rujukan Tuan/Puan bagi memudahkan penggunaan sistem tersebut.  Tuan/Puan juga boleh melayari terus laman https://eoffice.ums.edu.my/sisef untuk menggunakan sistem tersebut. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pn. Norazah Hamzah ditalian samb. 1505 atau Ismaniza Basri samb. 1457.

Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.   



Sila Klik Lampiran:-

download-icon.png - 27.75 Kb MANUAL SISEF(Modul Klasifikasi Fail)