Direktori |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

PELAKSANAAN AKTIVITI EARTH HOUR PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU 2015

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN ECO CAMPUS
SUBJEK : PELAKSANAAN AKTIVITI EARTH HOUR PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU 2015


Y. Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAKSANAAN AKTIVITI EARTH HOUR PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman, Sambutan Earth Hour Peringkat Dunia 2015 akan diadakan pada 28 Mac 2015 (Sabtu). Justeru sebagai simbolik kepada usaha dan sokongan terhadap keprihatinan mengenai isu pemanasan global dan perubahan iklim, Y. Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan bolehlah menutup lampu selama satu jam bermula pada pukul 8.30 - 9.30 malam di kediaman/ hostel/ruang pejabat masing-masing sebagai sokongan terhadap usaha murni ini.

Untuk maklumat lanjut berhubung dengan sambutan Earth Hour 2015, Y. Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan bolehlah ke laman web  www.earthhour.org

Selain itu, sebagai salah satu usaha menyokong sambutan ini, Pusat Pengurusan EcoCampus, UMS bersama-sama dengan semua agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan peniaga-peniaga di sekitar Kota Kinabalu akan mengadakan Sambutan Earth Hour peringkat Bandaraya Kota Kinabalu pada ketetapan seperti berikut:


Tarikh             : 28 Mac 2015 (Sabtu)
Masa               : 8.30 malam – 9.30 malam
Tempat           : Segama Waterfront, Kota Kinabalu


Demo cara membuat lilin kitar semula, pameran, Garage Sale, dan Flag Off Pasukan Berbasikal adalah antara acara yang dijalankan pada malam tersebut.

Bersama-sama ini, dilampirkan tentatif penuh Sambutan Earth Hour 2015 peringkat Bandaraya Kota Kinabalu untuk makluman dan rujukan pihak Y. Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan selanjutnya.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan kami agar Y. Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dapat bersama-sama memeriahkan program tersebut serta menyokong program Earth Hour 2015

Kerjasama dan sokongan Y. Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan Earth Hour 2015 ini amat kami hargai.

Sekian.


ATURCARA
PROGRAM EARTH HOUR 2015
PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU

TARIKH   :28 MAC 2015 (SABTU)
MASA :6.00 PETANG – 10.00 MALAM
TEMPAT :SEGAMA WATERFRONT, KOTA KINABALU


5.00 petang

Ketibaan Ahli Jawatankuasa Penganjur

6.00 petang

Persembahan hiburan bermula



Penyusunan lilin kitar semula Earth Hour 2015 oleh Para Sukarelawan



Pameran



Garage Sale



Demo cara membuat lilin kitar semula

7.15 malam

Ketibaan para jemputan



Ketibaan Ketua-Ketua Jabatan

7.25 malam

Ketibaan YM Dato’ Seri Tengku Zainal Bin Tengku Mahmood,

Presiden WWF - Malaysia

7.35 malam

Ketibaan dan perasmian oleh YBhg. Datuk Abidin Madingkir,

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu



Persembahan hiburan



Simbolik menyalakan Lilin Kitar Semula – Logo ‘60+’ Earth Hour 2015



Flag off pasukan Berbasikal – “Earth Hour Ride”

(Hyatt – Teluk Likas – UMS – Teluk Likas – Hyatt)



Jamuan



Persembahan hiburan diteruskan

10.00 malam

Majlis dijangka selesai


Nota : Lampu akan dipadamkan pada 8.30 malam – 9.30 malam




EARTH HOUR ECOCAMPUS

IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin  

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36