MAKLUMAN BERKENAAN AKTIVITI PENILAIAN ANUGERAH INOVASI UMS BAGI TAHUN 2014

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: MAKLUMAN BERKENAAN AKTIVITI PENILAIAN ANUGERAH INOVASI UMS BAGI TAHUN  2014

 

 

 

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa UMS kini sedang dalam proses pelaksanaan aktiviti penilaian Anugerah Inovasi UMS bagi tahun 2014 yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada warga UMS yang berjaya menghasilkan idea, inovasi dan produk serta memberi galakan kepada warga UMS dalam menyumbangkan tenaga, kepakaran serta kebolehan untuk kemajuan universiti.

Sehubungan itu, berikut adalah merupakan senarai anugerah beserta pihak Urus Setia masing-masing, di bawah Jawatankuasa Induk Anugerah Inovasi UMS bagi Tahun 2014, untuk makluman dan rujukan pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan selanjutnya :


1.    Anugerah Khas Inovasi Naib Canselor (Keseluruhan) (Urus Setia: Jabatan Canselori)

2.    Anugerah Tokoh Kepimpinan (Urus Setia: Bahagian Sumber Manusia)

3.    Anugerah Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) (Urus Setia: Jabatan Pendaftar)

4.    Anugerah Pengurusan Kewangan (Urus Setia: Jabatan Bendahari)

5.    Anugerah Penjanaan Pendapatan (Urus Setia: Jabatan Bendahari)

6.    Anugerah Eco-Campus  (Urus Setia: Pusat Pengurusan Eco-Campus)

7.    Anugerah Laman Web  (Urus Setia: Fakulti Komputeran dan Informatik)

8.    Anugerah Penerbitan (Urus Setia: Unit Penerbitan)

9.    Anugerah Pengurusan Makmal (Urus Setia: Pusat Penyelidikan & Inovasi)

10.  Anugerah Pengurusan Organisasi (Urus Setia: Bahagian Perkhidmatan Akademik, Jabatan Pendaftar)


Sekian, terima kasih.