TERKINI PENGURUSAN KLINIK PANEL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN PENDAFTAR
SUBJEKMAKLUMAN TERKINI PENGURUSAN KLINIK PANEL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, bagi memastikan pengurusan kemudahan rawatan klinik panel dilaksanakan dengan lebih sistematik, pihak kami ingin menekankan beberapa aspek penting yang perlu dipatuhi oleh setiap kakitangan sepertimana yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Pendaftar Bil. 7 Tahun 2017 (Pindaan 2014) :Garis Panduan Perkhidmatan & Kemudahan Kepada Pekerja UMS. Antara aspek-aspek utama yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut;


1.   Pekerja Universiti atau tanggungan boleh mendapatkan salinan resit sementara daripada pihak klinik panel untuk tujuan rujukan semasa membuat pengesahan rawatan klinik panel di dalam sistem HROnline.

2.   Pekerja Universiti diwajibkan untuk mengesahkan rawatan klinik panel yang sahih sahaja melalui sistem HROnline. Surat peringatan akan dikeluarkan kepada setiap Pekerja Universiti yang tidak membuat pengesahan rawatan klinik panel melebihi tiga (3) kali berturut-turut dalam setahun.

   3.  Semua tuntutan bukan klinik panel (dalam dan luar stesen) wajib menggunakan Borang Perubatan 1-14A yang telah dilengkapkan berserta dengan resit, perincian bayaran dan laporan kesihatan (jika perlu) bagi tujuan menyokong tuntutan tersebut. 

   4.  Semua kakitangan dibenarkan untuk mendapatkan rawatan diklinik panel dan klinik bukaN panel bagi jenis rawatan yang dilindungi sahaja ( sila rujuk Garis Panduan Perkhidmatan & Kemudahan Kepada Pekerja UMS bagi jenis-jenis penyakit yang dilindungi dan tidak dilindungi).

   5.  Senarai pelantikan klinik panel yang masih berkuatkuasa. (sila rujuk Lampiran 1)

Sehubungan itu, mohon kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, agar dapat membuat hebahan kepada semua kakitangan di JFPIU masing-masing untuk memastikan maklumat tersebut dapat disampaikan kepada semua kakitangan UMS.


Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg.Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


(Sila Klik Lampiran)

download-icon.png - 27.75 Kb SENARAI KLINIK PANEL (LAMPIRAN 1)