PENGGUNAAN BORANG TERBARU BAGI PENGURUSAN PROJEK PENYELIDIKAN

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK : PENGGUNAAN BORANG TERBARU BAGI PENGURUSAN PROJEK PENYELIDIKAN



Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan, pejabat ini sentiasa membuat penambahbaikan ke atas pengurusan projek penyelidikan di universiti ini dari masa ke semasa agar lebih cekap dalam membantu para penyelidik menjalankan penyelidikan.

Sehubungan itu, beberapa penambahbaikan ke atas borang-borang yang digunapakai dalam pengurusan penyelidikan telah disemak semula dan dikemaskini bagi tujuan di atas. Sukacita dimaklumkan, penggunaan borang-borang terkini adalah berkuatkuasa serta merta sepertimana berikut :-
 

Bil.
 
No. rujukan dan

Tajuk Borang Terdahulu


 
No. rujukan dan

Tajuk Borang Terkini
 
Catatan
 
1.
 
CR 1. 1 :

Borang Pendaftaran Projek Penyelidikan
 
R1 :

Borang Pendaftaran Projek Penyelidikan
 
Dilengkapkan oleh Penyelidikuntuk mendaftarkan sebarang aktiviti penyelidikan yang dijalankan
 
2.
 
CR 2.1 :

Borang Permohonan Tambah Masa/ Peruntukan
 
R2 :

Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Projek Penyelidikan


 
Dilengkapkan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh akhir projekpenyelidikan
 
3.
 
R3 :

Borang Permohonan Pindah Vot Peruntukan
 

 
4.
 
CR 3.1 :

Borang Laporan Akhir Projek Penyelidikan
 
R4 :

Borang Laporan Akhir Projek Penyelidikan
 
Dilengkapkan selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh akhir projekpenyelidikan.
 
5.
 
CR 1.2 (A) :

Borang Permohonan Pendahuluan/ Tuntutan Perbelanjaan/ Laporan Pendahuluan
 
R5 :

Borang

Permohonan Pendahuluan /

Laporan Pendahuluan
 

 
6.
 
R6 :

Borang

Tuntutan Perbelanjaan

/Arahan Bayaran Terus

 
7.
 
CR 1.2 (B) :

Borang Permohonan Pesanan Rasmi (LPO)
 
R7 :

Borang Permohonan Pesanan Rasmi (LPO)

 

 
8.
 
CR 4 :

Borang Permohonan Jawatan Pegawai Penyelidik/Pembantu Penyelidik
 
R8 :

Borang Permohonan Jawatan Pembantu Penyelidik bagi Projek Penyelidikan
 

 
9.
 


-    
 
R9 :

Borang Bayaran Gaji Pembantu Penyelidik bagi Projek Penyelidikan
 
Dilengkapkan oleh Ketua Projek bagi tujuan tuntutan gaji Pembantu Penyelidik padaminggu pertama bulan berikutnya.
 


Dilampirkan bersama ini 'soft copy' borang-borang berkaitan untuk simpanan Y.Bhg.Prof./Dr./Tuan/Puan. 'Soft copy' borang juga akan diupload di laman web PPI untuk kemudahan rujukan pada masa akan datang.

Sebarang kemusykilan, sila berhubung terus dengan Urusetia Penyelidikan, PPI di talian 1063.

Sekian, terima kasih. 

(Sila Klik Lampiran)

download-icon.png - 27.75 Kb R1- Pendaftaran Projek Penyelidikan

download-icon.png - 27.75 Kb R2- Permohonan Lanjut Tempoh

download-icon.png - 27.75 Kb R3- Permohonan Pindah Vot Peruntukan

download-icon.png - 27.75 Kb R4 - Laporan Akhir Projek Penyelidikan

download-icon.png - 27.75 Kb R5-Permohonan dan Laporan Pendahuluan

download-icon.png - 27.75 Kb R6-Tuntutan Perbelanjaan dan Arahan Bayaran Terus

download-icon.png - 27.75 Kb R7 - Permohonan Pesanan Rasmi (LPO) 

download-icon.png - 27.75 Kb R8 - Permohonan Jawatan Pembantu Penyelidik

download-icon.png - 27.75 Kb R9- Bayaran Gaji Pembantu Penyelidik
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  • Covid 19 : Terkini dari UMS

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.