PELAWAAN UNTUK PERMOHONAN MOSTI SOCIAL INNOVATION (MSI) TAHUN 2017

Cetak
PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK : PELAWAAN UNTUK PERMOHONAN MOSTI SOCIAL INNOVATION (MSI) TAHUN 2017
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Dimaklumkan bahawa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dijemput untuk bekerjasama dengan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bagi mengemukakan cadangan projek-projek yang bersesuaian untuk dilaksanakan secara NBOS dengan MTDC, melalui permohonan MOSTI Social Innovation (MSI) tahun 2017.
  
Sehubungan itu, YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dipelawa untuk mengemukakan permohonan MSI 2017 sekiranya berminat. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pihak PPI selewat-lewatnya pada 27 Disember 2016 (Selasa) untuk dimajukan kepada pihak MTDC bagi pertimbangan dan penelitian selanjutnya. Hanya permohonan yang berjaya melepasi Fasa Penilaian di peringkat MTDC sahaja yang akan dipanjangkan kepada pihak MOSTI.
 
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan perkara ini, sila berhubung terus dengan urusetia berikut :
 
 
Turut dilampirkan :
Garis panduan
Borang permohonan
Carta Gantt
Slide
 
Sekian, terima kasih.