MAKLUMAN NAIKTARAF RANGKAIAN INTERNET KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN

Cetak
Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek
: Makluman Naiktaraf Rangkaian Internet Kampus Antarabangsa Labuan
 
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi akan menjalankan kerja-kerja naiktaraf rangkaian internet bagi Kampus Antarabangsa Labuan bagi meningkatkan kapasiti jalur lebar dari 120 Mbps kepada 820 Mbps pada ketetapan berikut :
TARIKH
: 11 Disember 2017
MASA
: 12.30 tengah hari - 2.00 petang

Sepanjang tempoh naiktaraf ini, pengguna di Kampus Antarabangsa Labuan akan mengalami gangguan dalam mengakses internet. Capaian bagi sistem-sistem dalaman masih boleh diakses semasa kerja-kerja naiktaraf dijalankan.

Segala kesulitan amatlah dikesali.