PENGUMUMAN DARIPADA: PENDAFTAR UMS
SUBJEK: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa staf akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut di atas, dengan mengemukakan:
a) Borang Permohonan yang lengkap diisi beserta gambar berukuran passport;
b) Curriculum Vitae (CV) yang terkini beserta dokumen sokongan berkaitan; dan
c) Key Performance Indicators (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Disember 2017 (Jumaat). Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan selanjutnya.
Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.