PELAWAAN MENGHADIRI KURSUS METODOLOGI PENYELIDIKAN SIRI 1/2018

Cetak
Pengumuman Daripada: Seksyen Pembangunan Profesional, Jabatan Pendaftar
Subjek: Pelawaan Menghadiri Kursus Metodologi Penyelidikan Siri 1/2018
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftar akan mengadakan Kursus Metodologi Penyelidikan Siri 1/2018 pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh: 12 - 14 Februari 2018 (Isnin - Rabu)
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Bilik Seminar 1 & 2, Pusat Pengajian Pascasiswazah
 
Sehubungan itu, kakitangan akademik yang bercadang melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana / PhD adalah dipelawa untuk menyertai kursus tersebut.
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan En. Adrian Amatus melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau di sambungan 1132 sebelum atau pada 8 Februari 2018 (Khamis).