DISKUSI STAF AKADEMIK UMS TENTANG iCGPA ANJURAN PERSATUAN STAF AKADEMIK UMS (PSA UMS)

Cetak
Pengumuman Daripada: Persatuan Staf Akademik UMS (PSA UMS)
Subjek: Diskusi Staf Akademik UMS Tentang iCGPA Anjuran Persatuan Staf Akademik UMS (PSA UMS)
 
Sukacita dimaklumkan Persatuan Staf Akademik UMS (PSA UMS) menyokong penuh kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia YB Dr. Maszlee Malik dalam sidang media beliau pada 21 Jun 2018 bahawa iCGPA tidak lagi wajib di universiti awam Malaysia. Menurutnya lagi, jika pihak universiti ingin meneruskan program iCGPA hendaklah dibuat selepas mencapai konsensus bersama kakitangan akademik melalui sesi diskusi dan konsultasi. Oleh yang demikan, Persatuan Staf Akademik UMS mengambil inisiatif untuk menganjurkan Diskusi iCGPA pada ketetapan berikut:
Tarikh: 16.07.2018 (Isnin)
Tempat: Auditorium, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Ahli Panel:
 
 
https://www.mohe.gov.my/en/students/209-header/918-icgpa-tidak-diwajibkan-berkuatkuasa-pada-21062018
 
Semua kakitangan akademik UMS dijemput hadir dalam diskusi tersebutsekaligus melangsungkan saranan 
YB Menteri agar keputusan yang dicapai adalah secara konsensus dan melalui konsultasi. 
 
Untuk maklumat lanjut sila rujuk lampiran yang disertakan. 
Sekian. Terima kasih.
 
Diskusi iCGPA (.pdf)