PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT E-PEMBELAJARAN
SUBJEK: MENJALANKAN TUGAS-TUGAS PENGARAH PUSAT E-PEMBELAJARAN
YBhg Prof/Dr/Tuan/Puan,
MENJALANKAN TUGAS-TUGAS PENGARAH PUSAT E-PEMBELAJARAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa saya akan menghadiri Bengkel mengemaskini Dasar E-Pembelajaran Negara pada 23 Julai 2018 dan Bengkel AKEPT pada 24 hingga 25 Julai 2018 di Kuala Lumpur.
3. Sehubungan dengan itu, semasa ketiadaan saya di pejabat, tugas-tugas Pengarah E-Pembelajaran akan dijalankan oleh Dr Liew Thor Seng, Timbalan Pengarah Pusat E-Pembelajaran.
4. Adalah diharapkan, YBhg Prof/Dr/Tuan/Puan dapat memberi kerjasama kepada pegawai berkenaan sepanjang tempoh tersebut.
Kerjasama dan perhatian daripada YBhg Prof/Dr/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang Ikhlas,
PROF. DR. FONG SOON FOOK
Pengarah