Pengumuman Daripada: Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Subjek: Pembukaan Permohonan Untuk Mendapatkan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 2/2018
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Pua n,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 2/2018 bakal dibuka.
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Pua n adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan masing-masing menerusi Sistem Maklumat Penyelidikan,http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/d efault.aspx dan mengambil perhatian ke atas tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:
Tempoh Pengisian Permohonan dalam Sistem Maklumat Penyelidikan | Tempoh Semakan dan Perakuan oleh PPI | Tempoh Penilaian Permohonan oleh Jawatankuasa Induk UMSGreat |
11 Ogos – 8 September 2018 | 10 – 19 September 2018 | 20 – 28 September 2018 |
Dilampirkan bersama ialah Garis Panduan UMSGreat berserta borang penilaian pembentangan kertas cadangan penyelidikan (proposal defense). Untuk maklumat lanjut, pihak Urus Setia (u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor / Cik Ruzita Mohammad) bolehlah dihubungi di talian telefon (samb.) 613808 / 613825.
Sekian, terima kasih.
Garis Panduan Geran Panduan (.pdf)
Borang Penilaian Proposal (.pdf)