Pengumuman Daripada: Pusat Penyelidikan & Inovasi
Subjek: Jemputan Untuk Menyertai Kursus Jarak Jauh Secara Atas Talian (Distance Learning) Sesi Kedua Anjuran WIPO Bagi Tahun 2018
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak WIPO Academy telah membuka pendaftaran sesi kedua kepada ahli TISC untuk menyertai kursus jarak jauh secara atas talian (Distance Learning). Dibawah kerjasama TISC, pihak WIPO akan menanggung kos pendaftaran dengan memberikan biasiswa bagi setiap kursus yang berjaya disertai. Tiada had kuota bagi pendaftaran peserta, namun penyertaan tertakluk kepada kelulusan pihak WIPO dan setiap peserta hanya boleh mengambil maksima 2 kursus dalam satu masa.
Sehubungan itu, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah di alu-alukan untuk mendaftar bagi menyertai program tersebut dan memaklumkan kepada pihak PPI sekiranya telah mendaftar. Turut dimaklumkan bahawa, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk memberikan komitmen serta menghabiskan latihan sekiranya memilih untuk meyertai latihan tersebut. Kursus tesebut akan berlangsung secara online dan diakhir kursus akan diadakan Peperiksaan (Objektif/ Subjektif). Setiap peserta yang menamatkan peperiksaan dengan jayanya akan diberikan Sijil Penyertaan (Digital) oleh pihak WIPO.
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan hendaklah melengkapkan borang WAJIB di laman web WIPO, https://welc.wipo.int/index_en.php. Bagi memudahkan pendaftaran, sila rujuk Lampiran 1 untuk Tatacara Pendaftaran serta Lampiran 2 untuk maklumat berhubung IP Office dan Director of IP Office. Tarikh akhir bagi pendaftaran kursus sesi kedua ini adalah selewat-lewatnya sebelum atau pada 19 Ogos 2018 (Ahad). YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dinasihatkan untuk mendaftar awal sekiranya berminat memandangkan tempat adalah terhad.
Turut dilampirkan Jadual Latihan Distance Learning sesi kedua sebagai rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan . Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
- Pegawai TISC Malaysia : Puan Nor Shafiza Md. Isa, Tel; 03-2299 8589 / En. Mohamed Ikhwan bin Shadzul Bakri, Tel; 03-2299 8481 atau melalui Emel; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Urusetia TISC UMS : Prof. Madya Dr. Homathevi Rahman (No. samb: 613803, Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)/ Pn. Rozaidah Amir Hussein (No. samb: 613806, Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Sekian, terima kasih.
Lampiran 2 - Contact Person (.pdf)
DL Sesi Kedua (.pdf)