JEMPUTAN KE TAKLIMAT PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN e-LNPT KAKITANGAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN TAHUN 2018

Cetak

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR

KEPADA : SEMUA KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SUBJEK : JEMPUTAN KE TAKLIMAT PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN e-LNPT KAKITANGAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN TAHUN 2018  

Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah di rujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Penilaian Prestasi Tahunan e-LNPT Kakitangan Akademik dan Pentadbiran Tahun 2018 akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

             Tarikh           : 1 November 2018 (Khamis)

             Masa             : 8.00 pagi – 12.00 tengahari (Slot kakitangan Akademik)

                                   : 2.00 – 4.30 Petang (Slot Kakitangan Pentadbiran)

             Tempat         : Dewan Resital, FKSW 

                                     & Kampus Cawangan (Video Conference)

             Peserta         : Semua Kakitangan

             Penceramah : 1.  Slot Kakitangan Akademik

                                           Prof. Dr. Rasid Mail

                                           Timb. Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

                                      2.  Slot Kakitangan Pentadbiran

                                           En. No’man Hj. Ahmad

                                           Pendaftar UMS                                          

3.      Sehubungan itu, dengan sukacitanya Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput hadir ke sesi taklimat tersebut. Bersama ini dilampirkan aturcara program untuk tindakan Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Semua Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) digalakkan hadir dan kehadiran akan diberikan mata IDP.

Kerjasama dan perhatian pihak Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

UNIT PERHUBUNGAN PEKERJA DAN PRESTASI

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

JABATAN PENDAFTAR

Pegawai dihubungi:

1. Pn. Carrie Grace Jaymess (No. Samb. 4157)

2. Pn. Sabiah Bansai/ Pn. Saverin Vun Sang (No. Samb. 1173)

enlightenedLAMPIRAN: Aturcara Taklimat