HEBAHAN PERMOHONAN SUMBANGAN MEJA TERPAKAI UNTUK KEGUNAAN DI SMK TAMBULION, KOTA BELUD

Cetak
PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
SUBJEK: HEBAHAN PERMOHONAN SUMBANGAN MEJA TERPAKAI UNTUK KEGUNAAN DI SMK TAMBULION, KOTA BELUD
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Pengumuman kepada semua JFPIB yang sedang dalam proses pelupusan perabot khususnya meja yang masih boleh digunakan, dilampirkan surat permohonan sumbangan meja terpakai daripada SMK Tambulion, Kota Belud  yang memerlukan sebanyak 40 buah meja untuk digunakan di bilik-bilik khas dan asrama sekolah bagi menggantikan perabot yang telah uzur.
 
Sebarang makluman atau pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung terus dengan En. Shaiful Ridhuan Mahali (Pengetua SMK Tambulion) di talian 013-8092023 atau Pn. Rose Alsie Asah (PK HEM) di talian 016-8228075.
 
Sekian dan terima kasih.