JEMPUTAN KE SEMINAR AIDS/HIV SEMPENA SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA

Cetak
PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
SUBJEK: JEMPUTAN KE SEMINAR AIDS/HIV SEMPENA SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan menganjurkan Seminar AIDS/HIV bersempena sambutan Hari AIDS Sedunia 2018 berdasarkan ketetapan berikut:-
 
Tarikh            : 1hb Disember 2018 (Sabtu)
Masa              : 8:00pagi – 12:00tengahari
Tempat          : Auditorium, Tingkat 2, Blok B, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah
 
Sehubungan itu, kami berbesar hati ingin menjemput tuan/puan untuk menghadiri seminar ini.  Yuran untuk seminar ini adalah PERCUMA
Bagi sebarang makluman dan pertanyaan, bolehlah menghubungi Dr. Marilyn di 019-5860510 atau Dr. Herwati di 0164153671. Segala perhatian dan Kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.