Pengumuman Daripada: Unit Latihan Akademik & Pentadbiran, Bahagian Sumber Manusia
Subjek: Makluman Semakan Mata IDP dan Permohonan Mata Individual Development Plan (IDP)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan, Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar dalam proses untuk mengemaskini rekod Mata IDP kakitangan universiti. Ini bagi memastikan semua kakitangan universiti mencapai mata IDP minima melalui latihan yang telah dihadiri sepanjang tahun 2018.
3. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan untuk menyemak maklumat IDP dan mengisi Borang Penilaian Latihan bagi latihan/kursus yang telah dihadiri di pautan HR-Online. Pihak Y.Brs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan juga boleh menghantar Borang Permohonanan Mata IDP ke Bahagian Sumber Manusia (BSM), Seksyen Pembangunan Profesional selewat-lewatnya sebelum atau pada 17 Disember 2018 (Isnin).
4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Brs. Prof.Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan boleh hubungi pegawai berikut :
NAMA PEGAWAI | NO. SAMBUNGAN | CATATAN |
Pn. Hayati Salleh Baihaki | 1437 | Unit Latihan Akademik |
Pn. Erna Jeferin | 1327 | Unit Latihan Akademik |
En. Adrian Amatus | 1132 | Unit Latihan Akademik |
En. Mohd. Aiddy Suffian Abd. Rashid | 1042 | Unit Latihan Pentadbiran |
En. Mohd Nizam Abd Mutallib | 1525 | Unit Latihan Pentadbiran |
En. Sufiyan Bin Ali Hussin | 1036 | Unit Latihan Pentadbiran |
Perhatian dan kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.