PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT MINDA LESTARI
SUBJEK: PENDAFTARAN KANAK-KANAK PUSAT MINDA LESTARI BAGI SESI KEMASUKAN JANUARI TAHUN 2019
IBU BAPA / PENJAGA KANAK-KANAK
PUSAT MINDA LESTARI
Tuan/Puan,
PENDAFTARAN KANAK-KANAK PUSAT MINDA LESTARI BAGI SESI KEMASUKAN JANUARI TAHUN 2019
Sukacita dimaklumkan bahawa hari pendaftaran bagi kanak-kanak yang telah diterima untuk mengikuti program di Pusat Minda Lestari, Universiti Malaysia Sabah bagi sesi Kemasukan Januari tahun 2019 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 20 Disember 2018 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Dewan Sukan, Pusat Minda Lestari
Sehubungan itu, mohon Ibu Bapa/Penjaga Kanak-Kanak yang telah ditawarkan mengikuti program di Pusat Minda Lestari untuk mengambil surat tawaran sebelum atau pada hari pendaftaran tersebut. Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengambil surat tawaran dan seterusnya mendaftarkan anak tuan/puan pada hari pendaftaran akan dianggap sebagai menolak tawaran tersebut.
Sekian dan terima kasih.