PENGUMUMAN DARIPADA : Bahagian Pengurusan Kualiti, Jabatan Pendaftar
SUBJEK : BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Sukacita dimajukan Borang Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan Universiti Malaysia Sabah untuk pengisian di peringkat YBhg. Datuk/ Prof./Dr./Tuan/Puan. Maklumat tersebut sangat signifikan sebagai penandarasan terhadap tahap kualiti dan keberkesanan perkhidmatan kakitangan di Universiti Malaysia Sabah.
Urusetia memohon jasa baik YBhg. Datuk/ Prof./Dr./Tuan/Puan untuk melengkapkan borang berkenaan selewat-lewatnya 31hb Januari 2019.
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat diharapkan dan disusuli dengan ucapan terima kasih.