PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK : KELAS “JOM NGAJI”– ANJURAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UMS menganjurkan kelas tersebut di atas pada ketetapan seperti maklumat berikut:
Tarikh : Bulan Mac – November 2019
Hari : Setiap Selasa dan Khamis
Masa : 11.00 Pagi – 12.30 Tengahari
Tempat : Bilik Kuliah 2, Bangunan Pusat Islam UMS
Yuran : Kakitangan/Orang Awam : RM35.00/sebulan
Pelajar UMS : PERCUMA
3. Untuk makluman, penyertaan ini adalah terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar UMS serta masyarakat sekitar UMS. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/ Puan/Saudara/Saudari adalah dipohon agar dapat memanjangkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/ Puan/Saudara/Saudari untuk menggalakkan penyertaan.
4. Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang penyertaan melalui link https://goo.gl/forms/ Ny4LdRYoggEsibVq1 untuk mengisi borang secara atas talian. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah berhubung dengan Ustazah Noor Fazelah Salimin di talian pej.: 088-320000 - Samb. 2740 atau No. h/p.: 016-8655694.
