PENGUMUMAN DARIPADA : UNIT LATIHAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SUBJEK : PEMAKLUMAN AWAL KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UMS SIRI 1/2019
PEMAKLUMAN AWAL KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UMS SIRI 1/2019
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran UMS Siri 1/2019 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh | : | 8 - 12 Julai 2019 (Isnin - Jumaat) dan |
15 - 19 Julai 2019 (Isnin - Jumaat) | ||
Masa | : | 8.00 pagi – 5.00 petang |
Tempat | : | Akan dimaklumkan kelak |
3. Untuk makluman, Kursus Pengajaran dan Pembelajaran adalah antara satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi Kakitangan Akademik selain Program Transformasi Minda. Sehubungan itu, kepada para pensyarah yang masih belum disahkan jawatan dan belum mengikuti kursus ini boleh memohon untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang kehadiran di pautan berikut: https://forms.gle/ pmpVQxT4j1Weirwt8
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Puan Hayati Salleh Baihaki (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / sambungan: 1437) atau En. Adrian Amatus (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / sambungan: 1132).
Terima kasih.