PENGUMUMAN DARIPADA: KESUMBA
SUBJEK: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KALI KE-22 (MATKESUMBA22)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
02. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah kali ke-22 (MAT KESUMBA) akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 26 Jun 2019 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Galeri Canselori, UMS
03. Sukacita sekiranya puan dapat mengemukakan Borang Cadangan Usul dan Borang Penamaan Calon kepada Puan Stella@Nurul Martini Gontol (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) samb.1410/ Puan Nurul Izza Binti Md Nordin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) samb611419 pada atau sebelum 10 Jun 2019 (Isnin). Dilampirkan bersama ini Atur Cara Majlis, Borang Cadangan Usul dan Borang Penamaan Calon untuk tindakan selanjutnya.
Segala kerjasama dan sokongan puan amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
'MAJU SEHATI'
