PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)
SUBJEK : JEMPUTAN MENYERTAI IPOH INTERNATIONAL SUMMIT ON PROFESSIONALISM, RESEARCH AND EDUCATION 2019 (INSPIREd)
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa, UiTM Cawangan Perak akan mengadakan Ipoh International Summit on Professionalism, Research and Education 2019 (INSPIREd) pada 17-19 September 2019. Program ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan professional para penyelidik, akademik serta masyarakat dalam perkongsian pengetahuan.
Sehubungan itu, pihak penganjur mempelawa pihak YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan yang berminat bagi menyertai Seminar, Persidangan, Inovasi dan Bengkel sepanjang penganjuran INSPIREd 2019 ini. Bersama ini dilampirkan maklumat program daripada pihak penganjur untuk rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.
Turut dimaklumkan, segala perbelanjaan bagi menyertai program tersebut adalah dibawah tanggungan masing-masing. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan pihak urusetia penganjur seperti berikut:
- Asmalia Che Ahmad : 019-5131474/ +604-374 2642/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, terima kasih.