JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN PENYELIDIKAN DAN REKACIPTA (PEREKA) 2019

 PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

SUBJEK: JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN PENYELIDIKAN DAN REKACIPTA (PEREKA) 2019

 

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) akan menganjurkan program Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) 2019 kali yang ke-12. Penganjuran (PEREKA) bertujuan untuk membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi di kalangan penyelidik. Selain itu, (PEREKA) juga merupakan satu platform untuk para penyelidik universiti mempamerkan hasil penyelidikan dan juga inovasi berimpak tinggi serta terkini kepada umum. 

Pertandingan ini terbuka kepada semua pensyarah UMS. (PEREKA) 2019 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh         : 24-26 Oktober 2019 (Khamis - Sabtu)

Tempat       : Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, UMS

Sehubungan dengan itu, para pensyarah/penyelidik adalah dipelawa untuk menyertai  (PEREKA) 2019. Untuk makluman juga, yuran Penyertaan sebanyak RM50.00 akan dikenakan untuk setiap penyertaan. Permohonan boleh dibuat melalui atas talian di http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI bermula pada 26 Ogos sehingga 23 September 2019.

Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila berhubung dengan urus setia (PEREKA) 2019:

  • Pn. Molly Donna Awang Sham (Timbalan Pendaftar) - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. di talian ext: 613813
  • En. Musnin Mattersah (Penolong Pendaftar Kanan) - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. di talian ext: 613811
  • En. Ag. Ismawadi Bin Hj. Ag. Jaman - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. di talian ext: 613827
  • Cik Nor Hidaya Bickel - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. di talian ext: 613817
  • Cik Nooraini Abdul Ghaib - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. di talian ext: 613823

Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

URUS SETIA PEREKA 2019

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.