GERAN PENYELIDIKAN LUAR [DANA KHAS] NEWTON FUND

Cetak

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

SUBJEK: GERAN PENYELIDIKAN LUAR [DANA KHAS] NEWTON FUND

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Science and Technology Facilities Council, United Kingdom (STFC) telah bersetuju untuk melaksanakan kerjasama penyelidikan di bawah Program Newton Fund dan Malaysia Partnership and Alliances in Research(MyPAiR).
  2. Kerjasama penyelidikan ini berfokuskan kepada penggunaan ISIS Neutron and Muon Source (ISIS) di United Kingdom. ISIS merupakan salah satu pusat dan kemudahan penyelidikan yang bertempat di STFC Rutherford Appleton Laboratory berhampiran Oxford.
  3. ISIS berkeupayaan menghasilkan sinar neutron dan muons yang membolehkan para saintis mengkaji bahan-bahan di peringkat atom menggunakan pelbagai instrumen. ISIS telah melaksanakan penyelidikan melibatkan lebih daripada 2,000 saintis yang menggunakan neutron dan muons untuk penyelidikan dalam fizik, kimia, sains bahan, geologi, kejuruteraan, dan biologi.
  4. Penyelidik yang ingin memohon perlu mengisi templet Science Case(2 muka surat) seperti di lampiran.
  5. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke PPPI sebelum atau pada 10 September 2019 melalui emel berikut: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

7. Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Lampiran