PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM
SUBJEK: PERMOHONAN SUMBANGAN SEDEKAH JARIAH PERALATAN SURAU DALAM KAMPUS INDUK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UMS (PIUMS) adalah dalam proses melaksanakan aktiviti penyeragaman surau-surau di setiap JFPIB dalam Kampus Induk UMS. Projek ini adalah kesinambungan daripada projek EKSA PIUMS terdahulu.
Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, pelaksanaan bagi projek FASA PERTAMA ini akan melibatkan surau-surau di Bahagian 2 Zon Eksa UMS dan akan diteruskan di Surau-Surau JFPIB dan Kolej Kediaman dalam Kampus Induk UMS. Sehubungan dengan itu, jasa baik pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk memberi sumbangan sedekah jariah dalam bentuk peralatan ataupun wang tunai untuk disalurkan kepada surau-surau berkenaan.
Disertakan borang sedekah jariah seperti di lampiran untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Ustazah Kartini Mail @ Ismail atau Ustazah Salinah Ramlee ditalian 088-320000 samb. 613864/613866.
Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang ikhlas,
DR. SARIP BIN ADUL
Pengarah
Pusat Islam UMS