Program Riang Ria Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMS 2019

Cetak

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT ISLAM UMS

AKTIVITI : HEBAHAN PENYERTAAN PROGRAM RIANG RIA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UMS 2019

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UMS akan menganjurkan Program Riang Ria sempena Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Malaysia Sabah 2019M/1441H pada ketetapan seperti maklumat berikut:-

 

                        Tarikh            : 17hb November 2019 (Ahad)

                        Masa              : 7.00 pagi – 4.00 Petang

                        Tempat          : Masjid UMS

                        Yuran             : RM5.00 bagi setiap pertandingan

                                           

  1. Sehubungan dengan itu, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai program tersebut bagi memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul UMS 2019. Bersama-sama dengan surat ini, disertakan pautan borang penyertaan dan syarat pertandingan bagi setiap pertandingan untuk makluman dan tindakan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, boleh berhubung dengan kakitangan pejabat Pusat Islam di talian : 088-320000 - samb. 613866/613867.

Segala kerjasama dan perhatian YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Link borang penyertaan : https://forms.gle/5nPSkAjrfqJJ2Tde6

Syarat Penyertaan