Jemputan Ke FKI IR4.0 1st Public Lecture Series 2020

Cetak

Pengumuman Daripada: Fakulti Komputeran  & Informatik

Jemputan Ke FKI IR4.0 1st Public Lecture Series 2020 

Assalamualaikum wbt/Salam Sejahtera YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan,

Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran & Informatik akan menganjurkan FKI IR4.0 Public Lecture Series 2020. Program pertama akan bermula seperti pada ketetapan berikut

Tarikh: 22 Jan 2020 (Rabu)

Masa: 10.00am-12.00pm

Lokasi: Auditorium, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

  1. Sehubungan itu, pihak penganjur berbesar hati untuk menjemput semua warga UMS  untuk hadir ke program tersebut. Pra pendaftaran boleh dibuat melalui pautan ini: https://forms.gle/8PqA7p9ej4otQUsk6

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini boleh menghubungi talian sambungan 613708/613710. Segala kerjasama dan usaha mewar-warkan program ini di peringkat JFPIB  YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.