Makluman Mesyuarat Agung Ums 4wdvc Kali Ke-3

Cetak

Pengumuman Daripada:  Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah / Universiti Malaysia Sabah Four Wheel Drive Volunteer Club (Ums 4wdvc)

Subjek:  Makluman Mesyuarat Agung Ums 4wdvc Kali Ke-3

 

Y.Bhg. Prof. Datuk / Dr. / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah atau Universiti Malaysia Sabah Four Wheel Drive Volunteer Club (UMS 4WDVC) adalah kelab yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan no. pendaftaran PPM-067-12-20012016.  Selaras dengan Perlembagaan UMS 4WDVC, Fasal 7 perkara (3), Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung UMS 4WDVC Kali Ke-3 yang akan diadakan seperti butiran berikut;

 

Tarikh   : 28 Februari 2020 (Jumaat)

Masa     : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

         

Agenda Mesyuarat;

  1. Ucapan Aluan oleh Presiden UMS 4WDVC.
  2. Pembentangan Laporan Aktiviti Kelab Tahun 2018 dan 2019 oleh Setiausaha.
  3. Pembentangan Laporan Kewangan Kelab Tahun 2019 oleh Bendahari (sehingga 31 Disember 2019).
  4. Pembubaran Jawatankuasa UMS 4WDVC Tahun 2018 / 2019.
  5. Pelantikan Pengerusi Sementara dan Pencatat Minit Sementara.
  6. Pengundian dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa UMS 4WDVC bagi Tahun 2020 / 2021.
  7. Membincangkan pelantikan Ketua Biro dan pelantikan Juruaudit.
  8. Membincangkan cadangan usul.
  9. Membincangkan hal-hal lain.

 

Sehubungan itu, semua ahli  UMS 4WDVC adalah dimohon hadir dalam mesyuarat berkenaan.  Bersama ini disertakan Kertas Penamaan Calon Ahli Jawatankuasa dan Kertas Cadangan Usul Mesyuarat Agung untuk tindakan Y.Bhg. Prof. Datuk / Dr. / Tuan / Puan.  Mohon maklum balas Y.Bhg. Prof. Datuk / Dr. / Tuan / Puan bagi kedua kertas berkenaan sebelum 24 Februari 2020 melalui emel Setiausaha Kelab iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Kepada kakitangan UMS atau orang awam yang berminat menyertai kelab ini, Y.Bhg. Prof. Datuk / Dr. / Tuan / Puan boleh mengisi borang permohonan keahlian yang disertakan bersama.  Maklumat syarat keahlian, yuran dan perlembagaan kelab juga turut disertakan sebagai rujukan.

 

Sekian dan harap maklum.

Yang ikhlas,

MOHD ZAIDIE ADILAI

Setiausaha

Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah (UMS 4WDVC)

Tel: 088 320000 samb. 612003

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.