Pengumuman Daripada : Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Program Pembangunan Eksekutif Di National Human Resources Development Institute (NHI), Republik Korea
Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan universiti untuk menyertai Program Pembangunan Eksekutif Di National Human Resources Development Institute (NHI), Republik Korea dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kakitangan yang berminat boleh mengisi borang permohonan melalui http://esilav2.jpa.gov.my
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 31 Januari 2020 (Jumaat).
Sekian, terima kasih.