Direktori |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

Senarai Profesor yang Layak Bertanding bagi Sesi Pemilihan Profesor sebagai Ahli Senat UMS

Subjek : Senarai Profesor yang Layak Bertanding bagi Sesi Pemilihan Profesor sebagai Ahli Senat UMS

Pengumuman daripada : Bahagian Perkhidmatan Akademik


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Selaras dengan Perintah Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pengubahan dan Penambahan kepada Perlembagaan) UMS 2010 di bawah seksyen 22(1)(d) yang
berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2011 yang mematuhi Seksyen 22(1)(d), satu proses pemilihan anggota Senat di kalangan Profesor Universiti Malaysia Sabah akan diadakan pada 3 Mac 2020 (Selasa) bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang melalui kaedah pengundian dalam Sistem E-Undi Senat (https://hronline.ums.edu.my/undisenat). Seramai lima (5) orang Profesor warganegara Malaysia sepenuh masa akan dipilih dari sesi pemilihan ini.

3. Sehubungan itu, dilampirkan bersama Poster Senarai Calon Profesor Layak Bertanding Bagi Sesi Pemilihan Profesor Sebagai Ahli Senat UMS Bagi Tempoh Tiga (3)
Tahun [Berkuatkuasa Mulai 20 Februari 2020 Sehingga 19 Mac 2023] untuk rujukan selanjutnya. Untuk makluman, Pengundi bagi sesi pemilihan ini adalah terdiri daripada
Profesor dan Profesor Madya Sepenuh Masa Universiti Malaysia Sabah.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi Urus Setia Sesi Pemilihan iaitu Puan Majlimawati Abdul Majid, Penolong
Pendaftar Kanan, Seksyen Pengurusan Dasar dan Senat, Bahagian Perkhidmatan Akademik di talian 100960 (UC) atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Kerjasama dan perhatian YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof Ts. Dr./Prof Ir. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan di atas perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian.


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin  

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36