Pengumuman Bagi Para Pelajar Untuk Mengemaskini Data Akaun Pelajar Dalam Sistem SMP

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Sabah
Subjek: Pengumuman Bagi Para Pelajar Untuk Mengemaskini Data Akaun Pelajar Dalam Sistem SMP

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pembayaran bantuan one-off sebanyak RM200 kepada pelajar Universiti Awam (UA) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020. Kerajaan mencadangkan peruntukan ini diberikan kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi dan akan dibayar pada bulan Mei 2020.

Untuk makluman, bantuan ini dipertimbangkan untuk pelajar Warganegara Malaysia yang berstatus aktif atau berdaftar pada semester  2-2019/2020.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Kewangan Pelajar Jabatan Bendahari memohon agar pihak tuan/puan dapat melengkapkan maklumat peribadi dalam Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (https://smp.ums.edu.my/ ) untuk dikemukakan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti berikut:

Þ    Nama Bank        

Þ    No. Akaun Bank

Þ    No. Telefon

Þ    Alamat e-mel

Kerjasama pihak tuan/puan amat dihargai untuk melengkapkan maklumat tersebut selewat-lewatnya pada hari rabu, 8 April, 2020, jam 10.00 pagi agar dapat dikemukakan kepada pihak kementerian pada hari yang sama.

Pelajar yang gagal mengemaskini maklumat berkaitan akan mengakibatkan Bantuan One-Off RM200 ini tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun bank pelajar.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.