Pengurangan Kadar Caruman Berkanun Syer Pekerja (KWSP)

Cetak

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari
Subjek: Pengurangan Kadar Caruman Berkanun Syer Pekerja (KWSP)

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Seperti yang pihak tuan/puan sedia maklum, Kerajaan telah mengumumkan pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada sebelas (11) peratus kepada tujuh (7) peratus seperti berikut:-

  1. Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini akan berkuatkuasa mulai upah pekerja bulan April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga upah pekerja bulan Disember 2020 (caruman Januari 2021), tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991. 
  2. Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini adalah terpakai untuk pekerja berumur bawah 60 tahun yang wajib mencarum. Manakala kadar caruman berkanun untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas adalah kekal.

Ahli yang membuat pilihan untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus hendaklah melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2020) yang perlu di kemukakan kepada KWSP melalui UMS sebagai majikan dan berkuatkuasa mulai bulan berikutnya. 

Bagi tujuan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan, pihak KWSP telah membenarkan majikan membuat penghantaran borang KWSP 17A bagi pihak pekerja melalui emel.  

Sehubungan itu, kakitangan UMS yang merupakan ahli KWSP dan memilih untuk mengekalkan caruman kadar syer pekerja pada kadar 11% mulai gaji bulan April 2020 hendaklah  melengkapkan google form seperti pautan berikut;

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeNV9xRgNkLje7h7o-rniBbA9VJADCFkOn0uYUXASHZ5xDJjw/viewform

Maklumbalas hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada hari selasa,  14 April 2020.  Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara ini boleh dimajukan melalui e-mel  ke alamat : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sekian dan harap maklum.