Pengiktirafan 'Certificate of Participation 2019 - Learning About Forests (LEAF) Programme dari Foundation for Environmental Education (FEE) Denmark kepada Pusat Pengurusan EcoCampus UMS

Cetak

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Eco Campus

Subjek: Pengiktirafan 'Certificate of Participation 2019 - Learning About Forests (LEAF) Programme dari Foundation for Environmental Education (FEE) Denmark kepada Pusat Pengurusan EcoCampus UMS

Pengiktirafan ini menilai pencapaian UMS dalam melaksanakan program Pendidikan Pembangunan Lestari secara berimpak dalam persekitaran hutan dalam kampus untuk golongan generasi muda demi memenuhi matlamat pemuliharaan alam semulajadi dan pencapaian United Nations Sustainable Development Goals (UNSDGs) 2030.

LEAF Programme ini merupakan satu program bertaraf antarabangsa yang sedang diimplementasikan di sebanyak 28 buah negara dengan memanfaatkan sejumlah lebih daripada 700,000 orang pelajar dan belia dari segi peningkatan kesedaran pemuliharaan alam semulajadi, pengukuhan rasa kekitaan ('sense of belonging') terhadap kemandirian alam semulajadi serta penyampaian ilmu dan kemahiran yang berkaitan.

Pengiktirafan ini turut akan memperkasakan Agenda EcoCampus UMS serta memotivasikan keseluruhan warga UMS ke arah kelestarian persekitaran kampus di UMS.