Tawaran Pencalonan Bagi L’Oréal-UNESCO For Women In Science Awards 2021 - Prix L’Oréal-UNESCO Pour Les Femmes Et La Science 2021

Cetak

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi
Subjek: Tawaran Pencalonan Bagi L’Oréal-UNESCO For Women In Science Awards 2021 - Prix L’Oréal-UNESCO Pour Les Femmes Et La Science 2021

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian telah menerima sesalinan makluman daripada Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) bahawa permohonan bagi penganugerahan bagi L’Oréal-UNESCO For Women in Science Awards 2021 - Prix L'Oréal-UNESCO Pour les Femmes et la Science 2021 telah dibuka. Penganugerahan ini bertujuan untuk memberi penghargaan ke atas para penyelidik wanita dalam bidang Physical Sciences, Mathematics dan Computer Science.
  2. Kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/Datin Paduka/Prof./Dr. adalah dipohon untuk menyebarluaskan makluman tersebut di insitusi/jabatan masing-masing. Calon- calon yang berminat boleh mengisi terus permohonan secara atas talian di laman sesawang seperti di bawah sebelum 31 Mei 2020.

https://www.forwomeninscience.com/en/awards

  1. Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan dokumen berkaitan untuk rujukan YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/Datin Paduka/Prof./Dr. jua. Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/Datin Paduka/Prof./Dr. dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
.......................................................................
NOR ZALFARITA BINTI MUHAMMAD NOR
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia

2021 L'Oréal-UNESCO For Women in Science Awards - Rules and Regulations (.pdf)