Makluman Pelaksanaan Solat Jumaat Pada 29/5/2020 Di Masjid UMS Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Cetak

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

Subjek: Makluman Pelaksanaan Solat Jumaat Pada 29/5/2020 Di Masjid UMS Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Mohon makluman kepada semua warga UMS tentang Pelaksanaan Solat Jumaat pada 29/5/2020 akan diadakan di Masjid UMS. Namun pelaksanaan tersebut dibuat mengikut garis panduan yang telah dinyatakan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah pada 18 Mei 2020 yang menyatakan kebenaran pelaksanaan solat Jumaat hendaklah dilaksanakan dengan jemaah tidak kurang 3 orang dan tidak melebihi 12 orang. Sehubungan itu, pihak Pusat Islam, UMS telah menetapkan penama yang yang boleh hadir untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari tersebut.