Pembukaan Permohonan Tuntutan Bayaran Balik Belian Kasut Pakaian Seragam Bagi Tahun 2020

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

Subjek: Pembukaan Permohonan Tuntutan Bayaran Balik Belian Kasut Pakaian Seragam Bagi Tahun 2020

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada pekara yang dinyatakan di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuntutan bayaran balik belian kasut pakaian seragam kini dibuka kepada kakitangan Skim 1 dan Skim 2  yang layak menerima kemudahan tersebut seperti mana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Kemudahan Pakaian Seragam Universiti Malaysia Sabah (Pindaan 2018). Permohonan tersebut boleh dibuat menggunakan borang tuntutan bayaran balik belian kasut pakaian seragam (Borang BK-14) yang boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Pendaftar menerusi pautan https://www.ums.edu.my/pendaftar/v3/images/dload/borang/BORANG_BK_14_26092017.pdf

3. Sehubungan itu, tarikh akhir mengemukakan permohonan tuntutan adalah pada 1 September 2020 (Selasa) dan permohonan tuntutan yang dikemukakan kepada pihak kami selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.