Notis Pemakluman Penggantian Firewall Di Bilik Telekomunikasi, JTMK

Cetak

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Subjek: Notis Pemakluman Penggantian Firewall Di Bilik Telekomunikasi, JTMK

 

Adalah dimaklumkan bahawa JTMK akan melakukan penggantian Perkakasan Firewall pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24hb Julai 2020
Masa: 8:00 Malam
Tempoh Downtime: 1 Jam

Sehubungan itu, dalam tempoh kerja-kerja penggantian tersebut capaian ke sistem-sistem universiti daripada luar termasuk capaian internet untuk lokasi berikut akan terputus :-

1. Kampus Induk,
2. Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan,
3. Pusat Perubatan Desa Sikuati, Kudat

Kerja-kerja penggantian perkakasan firewall adalah bagi menggantikan perkakasan Firewall sedia ada bagi meningkatkan keselamatan ICT universiti.

Segala kesulitan yang timbul berhubung dengan perkara ini amatlah dikesali.