Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Penangguhan Tarikh: Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 Universiti Malaysia Sabah
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Untuk makluman pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 Universiti Malaysia akan diadakan pada tarikh yang akan dinyatakan kemudian.
Cadangan Tarikh Asal | 3-8 Ogos 2020 (Isnin-Sabtu) |
Tarikh Baharu | Akan dimaklumkan kemudian |
Masa | 8.30 pagi – 4.30 petang |
Tempat | Akan dimaklumkan kemudian |
- Sehubungan dengan itu, Program Transformasi Minda (PTM) adalah satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Kakitangan yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:
(a) kakitangan lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan
(b) kakitangan dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum
- Bagi kakitangan sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain boleh memohon pengecualian daripada menghadiri PTM dengan syarat (salinan sijil wajib diberikan kepada pihak urusetia):
(a) Telah Hadir dengan jaya PTM ; atau
(b) Telah Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum ; atau
(c) Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu
- Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd. Nizam Bin Abd Muttalib di sambungan 103337/013-8554373.
Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.