Pertandingan E-Treasure Hunt Jubli Emas Rukun Negara

Cetak

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik & Komunikasi Korporat
Subjek: Pertandingan E-Treasure Hunt Jubli Emas Rukun Negara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / YBrs. Dr. / Tuan / Puan,

HEBAHAN MENGENAI PERTANDINGAN E-TREASURE HUNT JUBLI EMAS RUKUN NEGARA

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / YBrs. Dr. / Tuan / Puan kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) akan menganjurkan PERTANDINGAN E-TREASURE HUNT JUBLI EMAS RUKUN NEGARA sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara yang diperkenalkan pada tahun 1970 demi membina negara Malaysia yang kukuh, bersatu dan makmur. Penyertaan adalah terbuka kepada semua penjawat awam dan semua warganegara Malaysia kecuali Urusetia E-Treasure Hunt BERNAMA.

Syarat penyertaan dan borang pendaftaran pertandingan boleh didapati melalui QR Code yang telah disediakan di dalam poster atau melalui pautan https://rukunnegara50.bernama.com/ehunt

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan boleh diajukan terus kepada pegawai melalui nombor telefon seperti yang tertera di dalam laman web pertandingan yang disediakan.

Sekian, terima kasih.