Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa ingin mendapatkan maklum balas berkenaan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.
 
Pihak kami memohon maklum balas daripada YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui imbasan kod QR di poster.
 
Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

 

 

Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW) mempelawa pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk menjalani latihan industri/ praktikal bermula bulan julai 2024.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 088-320 002 sambungan 202300 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 22 Jun 2024 (Sabtu)
 
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024: 
 
Sekian, terima kasih.