Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

Selamat sejahtera
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan
 
PEMBUKAAN PERMOHONAN PENUBUHAN SYARIKAT PEMULA (START-UP) DAN SYARIKAT TERBITAN (SPIN-OFF) (SUSO) FASA 2 TAHUN 2025
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Penubuhan Syarikat Pemula (Start-Up) dan Syarikat Terbitan (Spin-Off) (SUSO) bagi Fasa 2 Tahun 2025 kini dibuka kepada semua warga UMS. Permohonan kini dibuka seperti ketetapan berikut:
 
🗓️ Tarikh Buka Permohonan   : 25 Jun 2025 (Rabu)
🗓️ Tarikh Tutup Permohonan  : 23 Julai 2025 (Rabu)
 
Permohonan ini adalah terbuka kepada semua warga UMS yang berkelayakkan. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk, Dato’, Datin,  Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan, boleh mengakses atau muat turun BORANG PERMOHONAN pada pautan berikut: https://bit.ly/3Way13z atau dengan mengimbas QR pada poster hebahan. 
 
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi:
En. Mohd Aiddy Suffian Abd Rashid (Ketua Pentadbiran) | 📱013-581 0910 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
En. Mixsius Sumpongul | 📱011-5145 4370 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
#UMSTHEBRAINOFBORNEO
#PPIPUMS
#InI.UMS

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

📢 PERINGATAN PEMULANGAN & PEMBAHARUAN LANJUTAN PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN📚

🛑 Semakan MyUMS Library Account boleh dibuat melalui laman web perpustakaan https://www.ums.edu.my/library

🛑 Mudahkan cara pembayaran denda anda secara CASHLESS menggunakan aplikasi DuitNowQR

Sebarang pertanyaan, sila hubungi WhatsApp Perpustakaan https://wa.me/6088320232 atau emelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Terima kasih🥰

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UMS Kampus Antarabangsa Labuan

 

📢 Penambahbaikan Bermula Dengan Pandangan Pihak Anda!

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan komited untuk memberikan perkhidmatan kaunter yang mesra, efisien dan berkualiti tinggi.
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, kami amat menghargai maklum balas anda melalui kaji selidik ringkas ini.
📝 Kenapa anda perlu lengkapkan kaji selidik ini?
✅ Pandangan anda membantu kami mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam perkhidmatan kami.
✅ Pandangan anda penting demi pengalaman perkhidmatan yang lebih baik
✅ Hanya ambil masa kurang 3 minit!
👉 Lengkapkan sekarang dan bantu kami berkhidmat dengan lebih cemerlang.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN INSTRUMEN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa poster hebahan berkaitan perkhidmatan instrumen yang disediakan oleh Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Universiti Malaysia Sabah dilampirkan bersama untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.