Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus 

 

Pertandingan Lukisan Batik Bertemakan Alam anjuran Biro Pendidikan dan Pelajaran KESUMBA FPL dengan kerjasama Pusat Pengurusan EcoCampus UMS.
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Pn. Irniwati binti Rahammah di talian 011-19790868.

 

Pengumuman Daripada: Persatuan Pegawai Pengurusan Profesional

 

HEBAHAN PPUMS

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

PPUMS menjemput semua warga UMS ke program:

 

🎙 BICARA PPUMS

Tajuk: Profesionalisme Pentadbir dalam Pengurusan Krisis di UMS

🗓 Tarikh: 11 Jun 2025 (Rabu)

🕘 Masa: 2.30 Petang

📍 Tempat: Secara atas talian ( https://tinyurl.com/nzrtzkw )

 

🎤 Panel Jemputan:

Panel 1: Encik Darwis Manainus Awang Kangit,  Pengarah Bahagian Integriti UMS

Panel 2: Supt/PB Mohd. Khairul Hazizie Harun, Pengarah BKUMS

Panel 3: Ir. Ts Mohd Ari Nazrul Bin Abdul Rahman, Pengarah JPP

 

Moderator: Encik Al-Hami Zurairi Yahya Mahmood, Timbalan Presiden PPUMS

 

Objektif program ini adalah seperti berikut:

i.            Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya profesionalisme dalam pengurusan krisis.

ii.           Memperluas pengetahuan tentang teori dan amalan pengurusan krisis yang profesional.

iii.          Membekalkan pengetahuan dan kemahiran pentadbir dalam menangani situasi krisis secara berkesan.

iv.          Menggalakkan amalan terbaik dan strategi berkesan dalam pengurusan krisis.

v.           Memupuk budaya kebertanggungjawaban dan integriti dalam pengurusan krisis.

vi.          Membina jaringan kerjasama antara pentadbir dan profesional dari pelbagai bidang.

 

 

📌 Semua dijemput hadir!

Bersama kita perkasa tadbir urus dan kesiapsiagaan UMS 💪

 

Ikhlas daripada:

JK Eksekutif PPUMS Sesi 2025/2027

 

#PPUMSTheBrainofUMS

#BicaraPPUMS

#UMS

#PengurusanKrisis

#ProfesionalismePentadbir

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

JOM TUNAIKAN ZAKAT ANDA
SECARA ONLINE MELALUI HRONLINE UMS
(UNTUK KAKITANGAN UMS)
 
PANDUAN SECARA DALAM TALIAN [HRONLINE UMS]
SISTEM ZAKAT PENGGAJIAN KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
DAFTAR DAN BAYAR ZAKAT ANDA KINI HANYA DI HUJUNG JARI
 
Assalamualaikum WBT
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Makluman untuk kakitangan UMS, bayaran zakat bagi pencarum baharu dan pencarum sedia ada boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi HROnline UMS.
Zakat merupakan kewajipan bagi umat Islam untuk membantu golongan yang memerlukan dan membersihkan harta. Di zaman teknologi kini, proses membayar zakat menjadi lebih mudah dengan adanya platform atas talian (online). Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar bayaran zakat Penggajian melalui HRONLINE Ums :-
 
HRONLINE UMS – Menu – Pusat Islam Ums – Zakat Penggajian.
 
PENCARUM BAHARU
Langkah 1 : Maklumat Pencarum
Langkah 2 : Taksiran Zakat
Langkah 3 : Jenis Permohonan
(layak berzakat/tidak layak berzakat)
 
PENCARUM SEDIA ADA
Langkah 1 : Maklumat Pencarum
Langkah 2 : Taksiran Zakat
Langkah 3 : Jenis Permohonan
(Penambahan PZB/Penukaran PCB kepada PZB)
 
Sebarang persoalan, sila hubungi :-
UNIT ZAKAT, PUSAT ISLAM UMS
Di talian Hotline Pusat Islam:-
☎️Directline : 088-320 624
📧Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
📞Pn. Noorisah 0132855378
📞Pn. Kartini 0198042698
📞Cik. Noorfazlina 0138085856