Hampir 500 Hadir Ceramah Ustaz Haslin di UMS Labuan

KHAMIS, 12 NOVEMBER - Hampir 500 penonton menghadiri ceramah agama Ustaz Haslin Baharim di Dewan Kuliah Pusat Satu, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) baru-baru ini.

Ceramah yang bertemakan Keusahawanan Dalam Islam itu dianjurkan UMSKAL dengan kerjasama Labuan FM sempena Pesta Tamu Gadang UMSKAL – RTM Labuan 2015.

Menurut pengerusi penganjur, Nur Iman Reedzal, majlis seumpama itu akan diadakan lagi pada masa hadapan bagi meningkatkan syiar Islam selain menambah ilmu keagamaan kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan Labuan.

“UMSKAL sedia bekerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta untuk menganjurkan program keagamaan pada masa akan datang,”katanya.

Pengarah UMS Labuan, Profesor Madya Dr. Murnizam Haji Halik, Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Profesor Madya Dr. Syed Nasirin Syed Zainol Abidin dan Timbalan Pendaftar Kanan, Zamri Mohamad Tuah adalah antara tetamu yang turut hadir.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ketua Imam Masjid Jamek An-Nur, Ustaz Mohd Najib Abd Rahim.

Sumber: Azri Onn Othman

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  • Covid 19 : Terkini dari UMS

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.