DEKAN FKJ KUPAS SIMULASI PELANTAR MINYAK DI TVI PETANG INI

Cetak

Dr rosalamKHAMIS, 30 JULAI - Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Ir. Dr. Rosalam Haji Sarbatly akan bersiaran secara langsung di TVi saluran Astro 180 bagi mengupas lanjut simulasi Pelantar Minyak dan Gas yang akan dibina di fakulti tersebut.

Beliau menjadi tetamu sebuah rancangan bicarawara bertajuk ‘Kami Bah Ini’ yang bertempat di bangunan Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada pukul 3.00 petang ini.

Antara topik yang bakal dibincangkan termasuklah peranan dan sumbangan simulasi tersebut dalam industri minyak dan gas  selain peluang-peluang pengajian yang bakal ditawarkan dalam bidang berkenaan.

Turut menjadi topik perbincangan ialah kerjasama antara UMS dengan Sitegroup International ke arah penubuhan Pusat Persijilan dan Latihan Minyak Gas UMS.

Bagi mengetahui info lanjut, jangan ketinggalan untuk menyaksikan bicarawara yang akan dihoskan pengacara yang juga alumni UMS, Richard Chai. –SS

Bahagian Media dan Citra