UMS Meriahkan Rumah Terbuka Perkhidmatan Awam Persekutuan

Cetak

Oleh Faezah Mohamad Dun

Rumah Terbuka PersekutuanJUMAAT,  07 OGOS –Kemeriahan program rumah terbuka pada musim perayaan dilihat mampu memupuk budaya integrasi dalam kalangan penjawat awam kerajaan negeri dan persekutuan.

Perkara tersebut dinyatakan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, kelmarin.

Beliau berkata program yang diadakan itu merupakan platform setiap penjawat awam bertemu rakan sejawat di samping beramah mesra antara jabatan masing-masing.

"Ini adalah program integrasi kita sempena Hari Raya bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama kita serta pertemuan antara jabatan persekutuan dan negeri," ujar beliau.

Pada sambutan tersebut, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghidangkan Nasi Pelangi, Ayam Masak Merah dan Acar Timun sebagai hidangan kepada para tetamu.

Majlis sambutan turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Haji Datuk Mahiruddin dan Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni. 

Foto: Ramdan Saleh Nain

Bahagian Media dan Citra