Mantan Pendaftar Diraikan dalam Satu Majlis Apresiasi

Cetak

Oleh Salbinous Saribun

Foto: Johaidi Ismail

JUMAAT, 13 NOVEMBER - Mantan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Abdullah Hj. Mohd Said diraikan dalam satu majlis Apresiasi yang berlangsung di The Klagan Regency, 1Borneo, semalam.

Majlis yang dikenali Sejambak Memori itu turut dihadiri Naib Canselor UMS, Prof. Datuk  Dr.  Mohd Harun Abdullah,  Ahli-ahli Lembaga Pengarah UMS, Pegawai-pegawai Utama dan Kanan, kakitangan Jabatan Pendaftar serta ahli keluarga beliau.

Dalam ucapannya, Datuk Abdullah melahirkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada pihak universiti atas penganjuran program tersebut sempena persaraan beliau.

Beliau turut mengambil peluang merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan yang pernah sama-sama bekeja dengannya sepanjang keberadaan beliau di UMS.

Datuk Harun dalam aluannya menyifatkan Datuk Abdullah sebagai seorang yang cukup berpengalaman dan banyak menyumbang kepada pentadbiran dan pengurusan sumber manusia universiti.

Pada malam itu, Datuk Abdullah dan anak beliau masing-masing turut menyanyikan sebuah lagu sebagai persembahan istimewa kepada para kakitangan.