FPEP anjur Jualan Amal ‘Car Boot Sales’ pada 27 April

Oleh Salbinous Saribun

JUMAAT, 15 APRIL - Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) sekali lagi akan menganjurkan ‘Car Boot Sales’ pada 27 April ini.

Menurut urus setia program, Rostika Petrus Boroh, penganjuran buat edisi ke-6 itu diadakan untuk tujuan amal bagi membantu Persatuan Ibu Tunggal Sabah (PITSA).

“Dalam masa yang sama, ia bagi membina kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti jualan yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta FPEP,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, program akan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang, dan bakal menyajikan pelbagai jualan barangan terpakai seperti pakaian, peralatan dapur dan perhiasan.

“Bayaran serendah RM15.00 untuk satu lot bagi warga UMS manakala RM30.00 untuk peniaga dari luar,” tambah Rostika.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi beliau di nombor sambungan 1544 atau 0138640100.

Seluruh warga UMS dijemput sama-sama memeriahkan program berkenaan.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.